Friday, August 24, 2012

Berani mengambil risiko


Jam menunjukkan 5.06 pagi dan mata masih belum lagi nak tutup tutup.. :). So, kepada sesiapa yang baru bgn tu diucapkan selamat pagi dan siapa yang masih belum tidur , silalah menidurkan diri. :).

Sebab mata masih tak nak lelap lelap lagi, so start la saya baca buku (tips dari kawan - kalau tak dapat tidur, membaca buku dapat mempercepatkan proses peniduran). Buka da buku terbaca pula kata-kata hikmat daripada Andre Gide

"Man cannot discover new oceans unless he has the courage to lose sight of the shore".

Dalam benar pengertian kata-kata si Andre Gide ni., namun apa yang dikatakan oleh beliau membawa kebenaran. Sedarkan kita, kebanyakkan daripada kita memang berada dalam kawasan pandai yang dikatakan oleh beliau . Setiap hari kita melihat pantai yang sama (bangun awal pagi, pergi ke kerja, balik kerja, makan dan minum). Kadang kala kita pergi bekerja bukan sebab kita suka bekerja, tetapi kita terpaksa kerana kita mesti mendapatkan duit untuk membayar bil. Pernahkah kita terfikir untuk menjadi lebih maju dalam apa yang kita lakukan sekarang (pantai kita sekarang ini) ? Saya pasti setiap kita mempunyai keinginan untuk menjadi lebih baik (tidak kira dalam kewangan, kesihatan, kekeluargaan dan persahabatan). Namun, jika kita tidak berani untuk bergerak dari pandai kita sekarang itu, semua itu hanyalah tinggal cita-cita.

Bergerak dari satu pantai ke tempat yang lain memerlukan suatu suatau keberanian utk mengambil risiko. Jika kita tidak berani mengambil risiko, pastinya kita akan tetap berada di tempat itu selama kita hidup. Saya berani menjamin kepada anda, jika kita mula menerokai sesuatu yang baru, pastinya kita akan mengalami kegagalan . Namun, jika kita mengambil kegagalan itu dalam keadaan yang positif pastinya kita akan menemui satu kawasan yang lebih indah daripada pantai kita sekarang ini. Walaupun kita gagal, namun kita mempelajari satu pengajaran dariapada kegagalan tersebut supaya pada masa akan datang kita tidak gagal lagi. :-).

Di sini, saya menggalak kepada anda untuk memulakan perjalanan anda ke suatu tempat yang lebih baik. Membuka mata ke tempat lain selain pantai kita. Lebih jauh perjalanan kita, kita akan berjumpa lebih banyak pengajaran. Hey.. kita hidup hanya sekali.. Jadi, biarlah kita hidup tanpa penyesalan. (Without no regret). Manatau kita akan berjumpa peluang yang lebih baik lagi dalam perjalan kita (saya pasti dan yakin)

Life is nothing without adventure.

The story of tommy :).

Visit my other blog at :
http://lifechangingjuice.blogspot.com/
http://tommylifestory.blogspot.com/


No comments: