Wednesday, August 22, 2012

Winner vs loser

Update : http://tommylifestory.blogspot.com/

Masa 1:55am

"The difference between winners and losers is that
winners show up expecting to win, while loser
show up hoping to win."

Macam pernah kulihat kata-kata ini ... tapi di mana ya? :-). Ooooo.. rupanya kata-kata yang dipost dalam blog saya yang satu lagi (http://tommylifestory.blogspot.com/) . Orang cakap buli lah kalau Bahasa English kampung-kampung.

So blog saya kali ini menceritakan mengenai perbezaan seorang pemenang (winner) dan seorang yang kalah (loser). Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap manusa mahukan kebebasan, kekayaan, kejayaan, kesihatan dan yang terbaik utk keluarga serta diri sendiri . Namun, bukan mudah untuk mencapai semua itu lebih lebih lagi mereka yang berasal daripada keluarga sederhana dan miskin. Jika kita bertanya dengan semua orang mengenai impian mereka , rata-rata mereka menginginkan perkara tersebut. Namun persoalannya , kenapa dan mengapa ramai rakan-rakan kita, saudara terdekat dengan kita yang masih belum lagi mencapai apa yang mereka inginkan. Mungkin belum sampai masanya atau pun mungkin itu hanya lah keinginan biasa ..

Sewaktu kecil dahulu, setiap hujung tahun saya dan rakan rakan selalu membuat hajat baru .... tp yang hairannya hajat tahun lalu masih belum dicapai .. Selalu juga saya dengar rakan rakan saya mengatakan hajat tahun depan adalah mencapai hajat tahun lalu, dan kemudian tahun depan benda yang sama berlaku :). Kalau teringat kembali memang lucu . Baru-baru ini saya membaca sebuah buku dan saya dapat ayat seperti di atas :

"The difference between winners and losers is that
winners show up expecting to win, while loser
show up hoping to win."

Memang ada kebenaran di sebalik kata-kata ini, "expecting" bermaksud bahawa "menjangka" --> memang sudah dalam mindset kita utk berjaya , dengan kata lain tidak mengharapkan kegagalan. Walau bagaimana pun secara realitinya, mustahil kita melihat seorang pemenang yang tidak pernah menghadapi kegagalan.

"It's not what happen to us determine who we are, it's what we think that happen to us determine who we are"

Seorang pemenang menganggap bahawa kegagalan yang dihadapinya cuma lah sekadar satu pengajaran dan menjadi satu batu loncatan utk mendekati kejayaan :-o. Manakala "hoping" pula bermaksud berharap untuk berjaya. Apabila kita mengharapkan sesuatu , peratusan kita mahukan kejayaan itu 50-50. Hati kita seolah olah teragak-agak untuk berjaya . Boleh ka saya berjaya ? (cancel cancel cancel---utk minda separah sedar saya :-). ) Ragu ragu. Dan ini lah yang menyebabkan kita sukar menerima kegagalan itu sebagai satu pengajaran. Apabila kita bertemu dengan kegagalan dan kita berkata dengan diri kita, ooohh saya tidak sesuai utk benda ni dan kita mula beralih ke benda yang satu lagi sebab kita melihat kawan kita berjaya di sana , namun akibat mindset yang sama kita gagal semula dan beralih ke benda yang lain sehingga pada satu masa kita menjadi pakar menjawab bahawa semua benda itu tidak akan membawa kejayaan kepada orang lain. Heyyyy.. itu hanya kamu sj (yang bermind set seperti itu) kalau tidak kenapa orang lain boleh berjaya ? Semuanya berasal dari mind set. Fikir-fikirkan lah :-). Orang kata , jika mahu berjaya jangan hangat-hangat tahi ayam .. Nasihat yang paling berharga dan berguna saya pernah dengar (BUAT JA DAN LANGAR JA . KALAU LANGAR BATU (KEGAGALAN) , MEMANG SAKIT TAPI BELAJAR SUPAYA MASA AKAN DATANG TIDAK AKAN LANGAR BATU LAGI) :-). --> kalau terlangar lagi , belajar lagi .hehe

I AM MONAVIE. MORE INFO ON MONAVIE READ MY BLOG AT http://lifechangingjuice.blogspot.com/

Hubungi segera :

TOMMY LEE
MONAVIE EXE. DISTRIBUTOR
0168445745

No comments: